December 28, 2010




Entry kali ni takde ape-ape pun nak tulis..just nak share dgn semua yang aku tengah layan k-pop yang comel-comel...geram lah tengoknya..best...ni adalah video k-pop yang comel-comel belaka..

SO...ENJOY!!!!

Terima Kasih

December 24, 2010

HAJARULASWAD DARI SYURGA

Saat aku sedang merehatkan diri sebentar setelah lelah membuat kerja di pejabat, aku tertarik dengan majalah ini dan pastinya selepas ini aku akan mula mengikuti majalah ini. Penuh dengan informasi yang pastinya selepas membacanya, kita akan termenung sejenak. Satu kisah, satu informasi baru buat aku. (jangan gelakkan aku sekiranya anda sudah ketahuinya sebelum aku lagi). Inilah artikel yang aku sunting dari INFINITI edisi ke-7 (Disember 2009)...Mengenai Hajarulaswad..Bagi sesiapa tidak mengetahuinya, boleh klik di sini untuk maklumat lanjut.



Hajarul Aswad (الحجر الأسود) yang bermaksud batu hitam merupakan salah satu batu yang terdapat di penjuru Kaaba
Menurut ajaran Islam, mencium Hajarul Aswad merupakan sunnah Nabi S.A.W. semata-mata, dan ini ditegaskan oleh Khalifah Umar Al-Khattab apabila sebelum beliau mencium batu itu (Hajar Aswad), beliau berkata-kata:
“Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah SAW menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad).”
Berikut merupakan fakta menarik yang aku petik daripada artikel ini:
·         - Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam hadith sahih riwayat Imam Bathaqie dan Ibnu Abbas ra “Allah akan membangkitkan Hajarulaswad pada hari kiamat. Ia dapat melihat dan berkata-kata. Ia akan menjadi saksi terhadap orang yang pernah memegangnya dengan ikhlas dan benar.
·         - Orang pertama yang memasangnya lingkaran pita perak itu adalah seorang ahli sejarah dari Mekah, Abdullah Zubair, selepas berlaku kebakaran pada Kaabah. Pemasangan itu dilakukan agar Hajarulaswad tetap utuh dan tidak mudah pecah.
·         - Kenapa istimewa? Kerana batu Hajarulaswad diriwayatkan permata yang berasal dari syurga dan dibawa turun ke bumi melalui malaikat Jibril. Ia kemudian diletakkan di salah satu sudut di Kaabah iaitu kini terletak di sudut Timur Kaabah pada ketinggian 1.5 meter dari Masjidilharam.
·         Hajarulaswad menjadi tanda permulaan dan penghabisan pusingan tawaf di Kaabah.
·        -  Warna asalnya dikatakan lebih putih daripada susu. Malah, memancarkan cahaya berkilau yang menyinari dari timur ke barat. Sekiranya Allah tidak memadamkan kilauan itu, tidak seorang pun manusia yang sanggup memandangnya. (riwayat Ibnu Abbas dan Abdullah).
·         Kenapa batu Hajarulaswad berubah menjadi hitam? Rasulullah bersabda, “Dosa-dosa anak cucu Nabi Adam lah yang menjadikannya sebegitu rupa, di mana sejak itu dinamakan Hajarulaswad yang bermaksud batu hitam”
·         - Ada saintis Barat yang sukar mempercayainya dan mempertikainya. Maka, dibenarkan untuk saintis dunia membuat kajian bagi membuktikan asal-usul Hajarulaswad dari syurga sememangnya benar. Siapa yang mengkajinya?
·         - Lembaga Geografi Inggeris telah mengkajinya dengan mengambil sampel batu Hajarulaswad bersaiz mikro Hajarulaswad selepas berjanji tidak akan merosakkan batuan tersebut. Hasilnya: di dapati batu itu adalah yang tertua di dunia dan kondisi itu langsung tidak sama dengan mana-mana batu yang terdapat di bumi. MEREKA MENGESAHKAN BATU HAJARULASWAD BUKAN BERASAL DARIPADA PLANET INI KERANA IA TIDAK SERUPA DENGAN BATUAN DALAM SISTEM SURIA KITA.


+
+++++++++++++++++++++++

Nauzubillah...Begitu besar keEsaan ALLAH s.w.t. Pembuktian itu telah mengejutkan dunia Barat dan pastinya meletakkan kebenaran dalam ajaran Islam.  Sesungguhnya, mengucup dan mengusap Hajarulaswad bukanlah satu perbuatan dogmatik tetapi ia adalah perbuatan logis yang tidak perlu diraguinya lagi. Justeru, jika ada peluang, kucuplah kerana Siti Aisyah pernah meriwayatkan Rasulullah s.a.w  pernah bersabda: “ Nikmatilah(peganglah) Hajarulaswad ini sebelum diangkat (dari bumi). Ia berasal dari syurga dan setiap sesuatu yang keluar dari syurga akan kembali ke syurga”

P/S: Adakah kita berkesempatan untuk mengucup batu syurga ini?? Walaupun tidak layak rasanya diri ini untuk ke syurga NYA...Muhasabah diri....Wallauallam..

Sumber: INFINITI (edisi 7-Disember 2009)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Terima Kasih

December 20, 2010

Mampukah aku??

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

This is my 1st entry...pernah juge wat entry lain b4 dis..tp dh delete..
sebab tak cantik segan rasenye...
(tengok org lain punye entry cantik2 je...xreti..~sigh)

BUT!!

I'll try my best...pe org Jawa omputeh kate..
Practice makes Perfect! (chaiyok2)

Lately..takde ape2 yg menarik utk dikongsi pn..
ini adalah rutin harian aku lately...

8.00 a.m - 5.00 p.m (kadang2 lewat je lg)
aku dh start kerja part time ku..as PA Dr. Siti Aishah Hassan..
gerun juga 1st time tu..yelah..sbb rumate aku dok kate die garang bagai...
tp ok lah..not bad..peramah juga..
kerjanya??hurm...sangat sakit pingang...perumpamaanya adalah seperti di bawah

banyak keje...(kenkadang lah)..kalo x..rilex r gak..smpt bloging lg gitu..


TAPI...

If stress + kerja non-stop..rasenye nak je...

tapi..aku takdelah smpai ke tahap ni lagi...
sabar,sabar...

macamane pn..aku bersyukur sgt pd ALLAH s.w.t...
sbb berikan aku peluang ni..
at least aku ade income tambahan..yg paling penting..
aku dapat tambah knowledge aku..
mane taw..rezeki aku ade t tok sambung Master kan..muahahaha...insyaALLAH..

9.00 p.m - infinity time
adalah mase utk aku jalankan tanggungjawab aku plak...
di mana aku membantu kerja-kerja preparation utk program KUKEM...
sorry guys...tak dapat tolong uol byk...
rase bersalah sgt..kalo lah badan ni blh dibahagi 6..~sighs
inilah mase aku utk bersosial, hilangkan stress kerja..ketawa2..
I had a lot of fun here...
tengs to nurul,ruby,reen and 
so sorry bcoz I'm not able to being there with u all the time..
sob.sob.sob.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Itulah dianya rutin harianku..bosan kan...
macam ni gayenye...bilalah nk berlaki...ooopppss...
hahaha...
itulah je wat mase ni..nanti aku story lah if ade citer2 yg menarik..
tataaaa....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Terima Kasih