December 23, 2011

Lepas geram jom main pukul-pukul


First time jugak pergi main batting kat Batting Cage di One Utama. Ini gara-gara terpengaruh dengan entri Cik Epal kita lah ni.  Aku ajak lah abang aku sebab One Utama tu memang dah jadi tempat lepak dia dah. Ingatkan abang aku taktau, konon akulah nak ajar dialah..Rope-ropenye dia dah lama tau and guess what..family aku pun dah penah pergi main kat sana abang aku bawak. Cett...rupenye aku lah yang sedikit ketinggalan zaman. *blushing..

Memula sampai tu dah lewat tengahari, perut lapau pulak.. So, dengan muka manja, aku pun ajak lah abang aku belanja makan sampai perut keras kat Seoul Garden..Pftt..Puas makan..kenyang..berbaloi-baloi lah dengan price nye..hehe

ok. abaikan mulut besau nganga tu..gril2..

nilah abang aku wif his gf yg kekenyangan...wow.perut



Dekat sejam setengah lah kami memenuhkan perut kat sni..sampai keluar semula, ok dah lapaq balik. Next, nak pergi bakar lemak semula.. BATTING CAGE!! Ada orang cakap, susah nak cari tempat ni. Almaklumlah..One Utama tu bapok besar..Tapi dengan kepakaran abang aku, wah...kejap je dah jumpe..kan aku dah cakap, aku kan abang..tehee..

Sampai je tempat tu, abang Bangla sambut dengan senyuman dan tegur abang aku.."hai, lama tak datang" Senyum kambing je abang aku..Lantas kami pun membeli token sebab bola tu melantun dari machine..Mampu ke kalau abang bangla tu nak baling, semput.. oklah..takdelah mahal sangat. Tak silap aku RM15= 5 token, 1 token tu ada 15 bola..tu student price. (even dah habis study setahun, tetap guna lagi student card)..lantaklah..ok jom..token dah beli, kayu pun dah dapat, topi pun dah dapat..jom..masuk dalam sangkar.

inilah machine nak masuk token. korang boleh pilih speed je..ikut kemampuan le weh..

piaapp..eksyen je bunyi..abaikan minah belakang yang gilo main pakai short skirt.. Free-free je jadi tontonan awam orang tengok dari bawah..

Fuhh...best main benda alah ni. Ingat senang je nak pukul tu.Tapi complete satu token tu, basah jugak lah ketiak ni. Setiap kali bola tu keluar, aku bayangkan muka siapa ke, pastu pukul baik punya..Perghh..puas hati. Tapi siap lah lepas tu.. sakit tangan kemain lagi. Bukan je tangan, ketiak, rusuk habis semua sakit. Tak caya, meh try lah.. tengok siapa jantan tak jantan..hehe..Ape pun enjoy lah petang tu. Okbai

p/s: Jalan-jalan ke lif time balik, sempat lagi jeling-jeling skodeng mamat main futsall sebelah je dengan batting cage tu..auumm..



Terima Kasih

December 22, 2011

Tak sabar...


Minggu depan, aku dah free sikit. Still ada kat KL disebabkan jadi babysitter sementara untuk my aunty's childs..Ada appoinment on Tuesday with lecturer UPM. So, ade free beberapa hari tu, ingat nak pegi tengok citer 'Songlap' lakonan si handsome manis, Shaheizy Sam..Tak sabar..





*************************


Biarlah tak seglamor "Ombak Rindu" sebab ada OST power...aku rasa citer ni much better..haha..

Nak mencari jugak kat mana ada Korea cruisine..dengar kata ada kat Pavilion..hurmm..mengidam pulak..jom.


ddukbokki



Terima Kasih

December 21, 2011

Aku yang comel

Aku suka tengok cerita-cerita korea sebab diorang cute. Ada yang tu pakai cute hat macam kat bawah ni..trytetcuba lah tengok..






kan aku cakap comel...try jugak cari kat sini, tapi tak pernah jumpa pun...Tetiba selepas putus asa, terjumpa lah pulok jual kat booth-booth kat Bukit Merah Laketown Resort time aku vacay kt sana..Nak tengok aku pakai tak? Mai lah tengok orang buang tebiat pakai benda konon-konon comel habis lah ni...











TAHAN MUNTAH OKEH!


Murah je aku beli, RM 15 je..beli dengan adik aku sekali. Tetibe adik aku kemain syoknye pakai benda alah ni sampai kemana-mana pun nak pakai benda ni. Jenuhlah aku pegi makan, pegi jalan-jalan pakai benda ni..Jatuh saham...tapi comel lah jugak aku pakai kan.nak tengok ayah aku pakai?




lagi super comel kan..aku dah cakap..haha...

okey,tu je nak share...okbai..


p/s:  Syok pakai benda ni. Tahan sejuk if tido dalam aircond, memang best sampai orang solat depan kau pun boleh tak sedar..whootwhoot..no wonder korean suka pakai. Okeh, lepas ni nak cari pajama comel macam ni pulak...ko hade??



MEROYAN kan??haha



Terima Kasih

December 8, 2011

Bagai pungguk rindu akan bulan..







********************


Assalamualaikum..

Semoga selamat pulang ke pangkuan keluarga tersayang..
kami amat merinduimu...
Tak sabar menanti hari esok kan tiba...
Pulanglah..
Anakanda menantimu..



********************

Penantian merinduimu selama sebulan lebih akhirnya berakhir jua...
Amiin..
Syukur pada MU ya ALLAH..




Terima Kasih

Dah besau dah budak-budak ni..


Assalamualaikum readers..

Entri kali ni aku nak share sikit pasal pelakon-pelakon cilik hollywood dan di Malaysia yang dah besar-besar sekarang ni. Ini adalah gara-gara aku baru je menonton cerita Home Alone 3 aritu dan terasa ingin tahu macamane pulak wajah mereka setelah dewasa. Masih comel dan innocent kah.. Jom kita layan...

ini Anuar Zain & Elina - kain pelikat lalala...

Dah howt dah...


Ini citer Cili Padi dulu-dulu...best cite ni,suke..

Ngasriah Ngasri..dah ayu sekarang..


HOLLYWOOD pulak..















Terima Kasih

December 6, 2011

Semoga berbahagia....cinta lamaku.



comel kan mereka berdua..


Assalamualaikum..

Tajuk entri pun dah macam orang frust menonggeng kan..haha..aah,frust sebab cinta lama aku baru je mendirikan masjid bersama bidadari pujaan hati beliau, Shera Aiyob..Dah tau sape kan..Mestilah si dia, ZAHIRIL ADZIM..atau dikenali juga sebagai Bob. Suspen je kan..Aku peminat besar die. besar sangat, kemain kau...sajelah nak share. Aku start suke dia masa dia berlakon Ghost 2 lagi. .. lepastu makin gila lepas dia berlakon sama dengan Ana Raffali time Anugerah Juara Lagu 2 tahun lepas kot. Suka lagu tu..Hence, dia tak sombong tau. banyak kali gak bertweet-tweet dengan dia, dia pun pernah komen fb aku even dou pendek ciput.. (time tak busy sangat dulu).. excited weh..

Dia tak handsome manalah kan, tapi manis tu ade. Mole dia tu yang paling aku suke, manis.. Cara lakonan dia, tulisan dia, style dia. Aku suka...



Dia pun ada blog..aku suka sangat baca blog dia..penulisan & cara die lihat dunia lain dari yang lain. Time dia tak busy dulu selalu die update, sekarang ni dah makin glamor dah dia..tambah lagi dah ade wife kan..dah jarang update blog..ni blog dia..klik sini
Lalu, tanggal 20 November yang lalu...sahlah beliau bergelar suami kepada Shera Aiyob..sob3..Semoga diorang berbahagia selalu..Pasangan ni memang shweet sangat..


ok jeles!

Ini pulak aku share kan sajak yang ZA deklamsikan untuk isteri tercinta..seyes..aku kat rumah gigit-gigit bantal sampai berlubang-tobek habis..metafora yah...

“Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.
Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.
Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,Bahaya, ancaman di mana-mana.
Tapi selagi kau dalam dakapanku,Aku berjanji akan menjagamu.
Setiap saat dan waktu,Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,Setiap panas dan terik.
Setiap nafasku.
Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.Isteriku,
Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku,
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,
Selamat menjadi menantu ibu bapaku,
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.”

****** melting ******

alolo...touching lah tu..kalau aku, dah pengsan!


secocok!! sambil pejam mata..

THE END..nak pegi tido sambil menonggeng..takmau kawan..kbye

Kredit gambar: Google & dari beberapa website hiburan

p/s: dedikasi untuk ZA..aku tetap akan meminatimu...kerana engkau adalah tetap engkau...

Terima Kasih

December 5, 2011

yayy...success.recipe: Recipe Red Velvet Cake

Assalamualaikum...

This time aku nak share sikit how to make RV cake..Actually aku dah lama dah buat cake ni tapi x sempat-sempat je nak share. Honestly, cake ni aku buat dua kali baru jadi cantil. 1st time tu sedap, tapi bentat and pecah berderai..Hal ni disebabkan aku tak sabar nak bubuh frosting nya, keluarkan cake dari loyang time panas..yupp..aku ingat-ingat lupa pasal basic stuff buat cake ni sebab dah lame sangat tak buat sendiri tanpa bantuan orang lain.

Okeh, cukup dengan meleter..recipe ni aku ambik dari mak sedare aku, CikNorley..Die penah buat dalam bentuk cupcakes. Sebab kesedapan itu, aku nak menuntut recipe daripadanya dan buat dalam bentuk cake.. So, u guys..jom lah try..Sure korang akan buat banyak-banyak kali lepas tu..senang je..tak susah..and guess what..aku tak gune mixer pun. Sendiri je..So,up to you lah nak pakai manual ke pakai mixer..(mixer lah senang)..okeh,ni bahan-bahannya:

Red Velvet Cake:
2 1/2 cups (250 grams) sifted cake flour / allpurpose flour
1/2 teaspoon salt
2 tablespoons (15 grams) regular or Dutch-processed cocoa powder
1/2 cup (113 grams) unsalted butter, at room temperature (aku gune Buttercup)
1 1/2 cups (300 grams) granulated white sugar
2 large eggs
1 teaspoon pure vanilla extract (aku guna vanilla essence je)
1 cup (240 ml) buttermilk -- ni aku buat guna 240mL milk + 1tbsp distilled vinegar (let it stand for 5-10mins)
2 tablespoons liquid red food coloring
1 teaspoon white distilled vinegar (aku guna cuka-pun boleh)
1 teaspoon baking soda
1 teaspoon baking powder

Frosting:
250g cream cheese
35g butter 110g icing sugar
1tsp vanilla essence


inilah bahan-bahannya..Tepung and cream cheese aku guna yang lain..



Methods:
  1. Panaskan oven dulu 350 degrees F (175 degrees C)
  2. Campurkan bahan-bahan A. (cake flour / allpurpose flour, baking powder, cocoa powder, salt). Campurkan bahan B iaitu buttermilk dan red food cloring.
  3. Di dalam mixer, pukul bahan-bahan ini. Firstly pukul butter (1-2 minit). Kemudian gula (2-3 minit). Masukkan telur satu-persatu sehingga sekata sebelum masukkan vanilla essence..
  4. Secara bergilir-gilir, masukkan bahan A dan B sikit-sikit sehingga habis. Pukul sehingga rata.
  5. Bancuh cuka dan baking soda dalam cawan sehingga ada bunyi berdesir. Masukkan dalam acuan. Kacau sehingga rata sebelum masukkan ke dalam loyang..
  6. Pastikan loyang disapu dengan planta ye!
  7. masukkan dalam oven dan bakar selama 25-30 minit. Cucuk tengah-tengah cake untuk check dah masak ke belum. (basic knowledge)..Dah siap!
  8. Sejukkan dahulu sebelum keluarkan dari loyang.. Belah dua untuk letak frosting..Hiaskan..

Sesudah dibakar..Baunya sodap.. Aku bakar dalam 45minit lebih jugak..kena berjage-jage sentiasa..check taw!

Inilah hasilnya..yummy..

SELAMAT MENCUBA!!


Terima Kasih

December 2, 2011

Bella Wedding Dress in Breaking Dawn..

hai..

Baru-baru ini, aku menonton wayang siri Twilight yang latest iaitu Breaking Dawn..Memang dari awal aku dah ikut cerita ni. Kali ni tak banyak sangat aksi, more to romance between Bella and Edward..and funny + cute tengok si emo Jacob bila cintanya tak dibalas. Tapi yang buat aku mesmerized sangat time Bella + Edward nye wedding tu..woww...wedding dress die cantik weh..segalan-galanya cantik macam diorang kahwin betul-betul pulak. eceehh..aku pun malas nak citer panjang, korang tengok jelah..siapa yang tak tengok lagi citer ni, sila lah ke panggung wayang yang terdekat atau terjauh dengan anda...

p/s: nak download cerita ni. Tak puas tengok kat cinema, banyak potong...

credit pictures from http://www.weddinginspirasi.com






owesome kan..cantik giloss Bella pakai.


Mr. Cullen menantikan Mrs. Cullen di altar..nebes ke bang..


Cincin pernikahan..jeles!


Beautiful scenery..


bagai pinang dibelah empat..


santek kan...


Terima Kasih

November 18, 2011

Sentaphatimaknak..

Layan video matluthfi yang cute ni petang-petang blues ni syok gak..aku memang follow sume video die..ada mesej tau kat semua video dia..paling sedap dengaq die dok cakap utagha..tu yang dok layan habih tu..jom layan jom....



Terima Kasih

November 17, 2011

Keputusan Penuh Bola Sepak Malaysia VS Indonesia

Jam 10.00 malam..

Kepada pasukan Malaysia...TAHNIAH

MALAYSIA VS INDONESIA
                          1                         0                 
                                 (Syahrul Azwari, minit ke 17)


Malaysia baru je mengalahkan Indonesia dalam perlawanan bola sepak Sukan Sea ke-26 di Indonesia. Corak permainan Malaysia memang boleh dipuji dengan menurunkan pemain harimau muda untuk menentang Garuda..Tanpa pemain-pemain otai seperti Zaquan, Safee Sali, Safiq, Shahrul Idlan Talaha, harimau mampu mengaumm mengalahkan kebingitan sorak di Stadium Senayan, Indonesia..memang power barisan pertahanan Malaysia.memang boleh dipuji..cuma midfield je yg lack sikit...tapi, geram jugak lah tengok penyokong Indonesia sana yang boo kepada pemain Malaysia setiap kali mendapat bola. Tapi tu hanya di awal permainan, selepas Syahrul Azwari bagi gol kat Malaysia, ternganga semua...tau senyap...haha..terkejut lah tu..Apa pun tahniah untuk pasukan Harimau Malaya. Jauh lagi perjalanan pejuang negara kita ni. Harap dapat bawak balik pingat emas untuk negara..lepas tu dapat royalti beribu-ribu lemon...wooww....MALAYSIA BOLEH!

Ketua Harimau...auummm...rasaya Badrol Bakhtiar lagi ensem kot dari Apek..errr...

p/s: Slogan Indonesia "INDONESIA BISA!"..siapa tiru siapa ye?apa punya kebetulan daa....

*Kredit pakcik google untuk gambar

Terima Kasih

November 16, 2011

# Wordless Wednesday #




COMING SOON...tunggu....

Terima Kasih

November 15, 2011

Panggil Aku Melaju..bukan Melayu.

Hai readers..

Aku dah lama nak buat entri ni di mana aku dulu pernah baca sebuah novel ni dan tertarik dengan ideologi yang penulis ni cuba ketengahkan. Novel berkenaan ialah...





'PANGGIL AKU MELAJU' oleh Rahmat Haroun Hashim.. Mengetengahkan isu mengenai bahasa dan bangsa. Aku bangga dengan beliau kerana beliau merupakan doktor perubatan. Namun, penulisan belaiu jelas kecintaan terhadap bahasa dan bangsa. Walaupun beliau tidak belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.











Bagi aku, novel ini 'berat' dan aku mengambil masa juga untuk menghabiskan bacaan ini supaya aku benar-benar mendapat mesej yang cuba disampaikan oleh penulis. Semua orang patut baca buku ni bagi aku, bagi minda kita terbuka sikit terutamanya mereka yang menentang pemansuhan PPSMI baru-baru ni. ya, aku tidak takut untuk tegaskan yang aku adalah antara jutaan rakyat di negara ini yang menentang PPSMI dan sangat-sangat bersyukur apabila pemansuhan PPSMI ini dilakukan. Teringin aku berdebat dengan orang-orang yang mengatakan pemansuhan PPSMI itu adalah tindakan yang tidak wajar..Untuk orang-orang tersebut, bacalah selidiklah sejarah dahulu kala, kemudiannya fikirlah dengan relevan semasak-masaknya. Di mana lagi identiti Malaysia sekiranya ada rakyat Malaysia kelak yang tidak fasih berbahasa melayu. (sekarang pun dah ada)..sedih aku tengok maruah bahasa dan bangsa mudah sahaja diinjak-injakkan.perit..ok.aku emosional dah..okbye.

p/s: atok nenek,ayah mak kita dahulu boleh sahaja menjadi orang berjaya walaupun belajar sains dan matematik dalam bahasa melayu. Kenapa tidak kita? Layu sangatkah kita?

Terima Kasih

November 14, 2011

gelak pecah perut dengan Running Man

Hai readers...

aku baru je habis tengok cerita Heartstrings. Not bad lah jugak..Romantik komedi..Siapa yang gilakan YongHwa (CNBLUE), haruslah tengok citer ni sebab dalam citer ni die act cool konon..comel sangat couple ni..reminds me kat citer You're Beautiful few years ago sebab diorang berlakon sama jugak..




but..aku sekarang tengah follow variety show ni start dari awal yakni RUNNING MAN. best gilak...nak terburai anak perut aku tengok each episode. 

idea game die best, lain dari yang lain..dalam setiap episode tu lain-lain cara nye..sebab episod-episod awal tu aku tengok diorang main macam hide and seek..ade 2 team iaitu team mengejar and team menyorok. Team mengejar tu kena lari cari lagi satu team sebelum diorang tamatkan mision tapi each members ade pakai bell kat kaki..memang lawak adegan menyorok and kejar mengejar tu. Episod-episod yang baru pulak cara main nye lain sikit. diorang lawan dengan guest pulak..dalam satu tempat tu diorang kena cari sape guest yang akan menyamar jadi sape-sape. best..

nilah members RM yang buat aku tak kering gusi.. (kecuali Lizzy, sebelah HaHa)

diorang main untuk dapatkan running ball tu..kalo kalah, kena denda.

nilah team kalah.kena pakai hotpants and balik/makan di hadapan khalayak ramai..mampu kau..

Actually aku dah tau game show ni lame dah..tapi tak follow dari awal, just tengok kat KBS kat rumah je..tapi aku ada dapat softcopy dari sorang member ni yang ada episod dari awal,tu yang buat aku melekat je kt depan tv tengok..hehe..so, u guys...jom layan...kat youtube pun banyak..

p/s: okeh..nak tengok Scent of Woman lah pulak..memang gilak K-Pop and korean drama aku ni...kbye.

Terima Kasih