August 16, 2011

rindu serindu rindunya....


Assalamualaikum readers..

Entri kali ni aku nak cerita sikit pada siapa yang aku rindu saat ini..Semestinyalah pada rakan seperjuanganku..Banyak suka dan duka kami lalui bersama. Bayangkanlah 4 tahun study bersama, tinggal kat kolej pun sama untuk 4 tahun tu. Tak kira lah buat aktiviti kolej ke aktiviti kos ke, mesti happy je. Kosmate  aku ada 50 orang semuanya, 29 perempuan mostyly tinggal satu kolej yakni KTDI. manakala jejaka-jejaka macho pula menetap di istana yg lain iaitu Canselor. Inilah mereka kesayanganku..



Banyak tau aktiviti kitorang buat sesama. kolej kami boleh dikatakan kolej yang agak aktif jugak, setiap minggu mesti ada je program. Kos kami lagi lah banyak aktiviti.. Ada pementasan lah, forum bagai..Tapi yang paling fun ialah time kami habiskan masa-masa terakhir kami di kampus dengan pementasan ‘Puteri Gunung Santubong’ dan drama ‘Dongeng Sang Puteri’. Even ada pahitnya, tetapi tetap yang manis akan dikenang selamanya kan..

pementasan muzikal 'Puteri Santubong'

time ni aku jadi hantu..teka aku yang mane satu

bola jaring time bulan puasa thn lepas..muntah lari perut kenyang

sambutan hari raya di kolej. tahun ni tak de dah..
jamuan terakhir kalinya..

Bila kenang-kenang kembali, sedih pulak sebab memori 4 tahun tu memang takkan berulang lagi selama-lamanya. Masing-masing dah ada hala tuju sendiri, dah ada komitmen lain. 50 orang sahabat yang aku sayang ni, ada macam-macam ragam, boleh dikatakan semua ngam punya lah..Oktober ni Konvo kita, tak sabar rasanya nak jumpa ramai-ramai. Ada yang dah tukar status, bawak hubby dan ada yang dah bawak baby..InsyaALLAH..Lepas ni, harap dapat still keep in touch walaupun dah beranak cucu cicit nanti. Moga persahabatan kita abadi selamanya..







sedih...................rindu....................
p/s: will be busy until raya..cari duit lebih..sob3

Terima Kasih

August 15, 2011

Day 3: Your ultimate k-pop guy bias


Assalamualaikum..salam Ramadhan..

Dah lame rasanya projek aku ni terbengkalai..so,nak share sikitlah kat gugurls and buboys yang gila kat k-pop ni..my ultimate k-pop guy bias are...

KYUHYUN (SUPER JUNIOR)
ni gambar time SS3..time ni aku dah jatuh cinta..huhu

noty maknae..


and lagi sorang ni,for sure lah...

CHANSUNG (2PM)


p/s:selamat berbuka puasa...berapa kilo dah berat badan naik lepas 2 minggu puasa ni? Tak tahu lah raya nanti macamane pulak..huhu...sadis

Terima Kasih

August 12, 2011

Hari Bahagiaku..08082011


Assalamualaikum readers..
Salam Ramadhan, selamat berpuasa..

Dalam entry sebelum ini, aku ade letak gambar 2 kek bagi befday aku tahun ni. Lihat sini. so, sini aku nak cerita lah sikit..mai mai baca..

Befday yang keberapa ni? tengoklah sendiri profil aku, buat-buat tak gheti pulok. Nak riuh sekampung lah, Im so happy this year semestinya disebabkan aku sambut kat rumah. Selepas 4 tahun okeyh, barulah merasa sambut dengan family..dahtu pada bulan Ramadhan,bertambah lagi lah keberkatannya kan..ecehh...terlebey sudah..hik3..

DAY 1 (06082011)
Ayah aku yang kerja kat KL call aku, nak makan ape untuk celebrate my befday..so,aku juz cadangkan buat BBQ je..we all berbuka dengan BBQ yang sangatlah kenyang n lagi menyedapkan. BBQ ayam, ikan keli, ikan terubuk, hotdog, nuggets, n soup. wallaweyh..memang semput kekenyangan solat teraweh malam tu. (sorry takde gambar untuk ini)..hanya gambar yang terpahat di hati je ada..eceehhh..

DAY 2 (07082011)
Takde apa yang special. Apa yang uniknya, ada kek dereyan..haha..memang kerlazz..ko hade...?aku je hadee..haha..lihat ni..



DAY 3 (08082011)
Hari bahagia aku dimulakan dengan bershopping dengan adik aku, Anim.. dapatlah jugak aku katok dia beli kasut as my present.. kasut nose gitu..pastu kami pun pergilah tengok movie. Tiba-tiba dia ajak aku tengok citer beruklah pulok. apa tajuknya..panjang benor..The Rise of The Planet of The Apes.



aku ingat citer ni pasal teori dari tokoh Barat yang kata manusia ni berasal daripada beruk/chimpanze.Aku memang pantang kalau ada teori yang kata manusia ni berasal daripada keturunan beruk. Apa ke banggang nya orang tu kan..tapi aku gagahkan diri jugak lah tengok, kang sentap pulak adik aky tu hah..memang mantap, tak bergerak aku. Bukan macam tengok Captain America..boleh tertido kebosanan. haha.. habis je tengok, pergghhh....memang thumbs up..best..ending yang tak cliché lah. kalau tak tengok lagi, pergilah..memang takkan menyesal.

Caesar
gila pandai woo...dah macam manusia dah..dialah ketua nak buat reformasi ala-ala BERSIH 2.0 bersama geng-gengnya..hehe


Balik rumah..kembang-kembang hidung aku bau rending ayam mak aku.. tak boleh nak makan lagi..kena tunggu berbuka puasa..cess..sabar-sabar. huuuu...

7.33pm (waktu berbuka puasa di Ipoh) yeay...makan!!

Berikut merupakan gambar makanan sepanjang my celebration..Menunya semua fevered aku,thanks to my mom 4 the lovely dishes..nak tau apa menunya?telan air liur dulu: pulut kuning, rending ayam, kek black forest, donuts & donashi from big apple.





that’s all..even tak dapat hadiah, tak kisah sangat pun..paling penting dapat celebrate dengan yang tersayang..kepada semua yang wish..terima kasih banyak-banyak..love u all..muahhxx..

p/s:aku memang kaya..kaya dengan kasih sayang..aku tak malu nak akuinya..ecehh

Terima Kasih

August 10, 2011

Wordless Wednesday:08082011






VS








liputannya??tunggu...hint..the best befday ever

Terima Kasih

August 9, 2011

apa tanggungjawab kita?tengok je ke?

Assalamualaikum readers & salam Ramadhan..

pejam celik sudah seminggu lebih kita berpuasa..Pelbagai perasaan yang aku rasa menyambut Ramadhan kali ini. :sedih sebab tak dapat berpuasa bersama rakan-rakan kampus yakni di KTDI dan bersama coursemate sebab life campus sudah berlalu buat aku, :gembira jugak sebab fully bulan puasa ni aku ada kat rumah bersama family tercinta..setelah 4 tahun kan,barulah dapat rasainya. Tambah gumbira lagi sebab birthday aku pun jatuh tepat seminggu umat Islam berpuasa. Nanti aku update berkenaan birthday aku yah..

Tapi yang tak syoknya, bila aku takda buat apa kat rumah, aku start lah blogwalking ni. Aku sedang mengikuti isu murtad yang semakin berleluasa dalam kalangan muda-mudi sekarang ni. Mereka sudah tidak takut lagi akan pandangan masyarakat dan siap mengaku lagi diri tu sudah murtad dan atheis. Bila lihat nama masing-masing, sedap...ada maksud mengikut Islam,. Ada pula yang lulusan Al-Azhar jugak tau. Sedih memang sedih..takut pun ada sebab semakin ramai golongan macam ni, kita juga sama-sama bertanggungjawab sebab tidak mustahil azab daripada Allah tu akan datang bila-bila masa, dan akan menimpa kepada kita semua penghuni bumi indah ini. Tak kiralah facebook atau blog, dah makin bercambah dah manusia-manusia yang berhaluan sekularisme ini. tapi yang kapla dia ni yang buat aku lagi bertambah sedih+kepala macam ada bakul besar..malaslah nak cerita kat sini, sebab aku yakin pembaca pun sudah pandai menilai yang mana intan dan yang mana kaca kan..Makcik ni dah semakin berani mengutuk Islam..ada beberapa video dalam blog nya,tapi aku tak berani nak bukak, sebab sangatlah menyakitkan hati apabila makcik ni dengan beraninya mempersendakan beberapa surah dan sunah Nabi S.W.T..maybe ramai pun dah tahu siapa dia...iaitu...




p?s: so,apa tindakan kita sebagai masyarakat di sekelilingnya? memang kubur kita masing-masing jaga, tapi ingat...bila kita mati bukan terus terbang masuk kubur. Masyarakat sekeliling juga lah yang akan mandikan kita, kapankan kita, dan uruskan selebihnya untuk kita menghadapNYA. fikir-fikirkanlah...

Terima Kasih

August 5, 2011

Giveaway from Moscow by Miszlullaby



saja-saja nak join giveaway ni. mana tahu bertuah kan..hehe..hadiahnya pun macam eksklusif gitu yakni souvenir dari Moscow..woww...best kan..ML ni baru habis study dari Rusia and baru Malaysia rasanya..Doktor okey. bertuah dapat doktor comel , terus tak jadi sakit. siapa nak join jugak, sila klik sini.

aku tag:

p/s: Actually,aku dah lama dah jadi follower ML ni..suka baca entry-entry dia..

Terima Kasih

patience???



PATIENCE..

satu perkataan ni je yang bermain kat kepala aku hari ini. Ya..di bulan Ramadhan yang sangat mulia ini, aku rasa benda ni sangatlah penting. Masakan tidak, kalau semua orang takde elemen ni dalam diri kita, for sure ada yang curi-curi minum air oren kat dapur dah. (ingat zaman kecik-kecik?)

Tapi kalau dah ditindas, diperkotak-katikkan oleh orang atasan ni, bolehkah kita sabar lagi? Sebab kalau kena kat kita seorang sahaja takpe..tapi ramai terlibat sama, sabar lagikah? apa-apa pun aku hanya positifkan diri ni..”mungkin ada hikmah disebalik semua yang terjadi”

entry ni hanya halwa bacaan bagi semua. SELAMAT BERBUKA PUASA..

p/s: semakin kaya manusia itu, semakin dia tidak mensyukuri nikmat yang diberiNYA...

Terima Kasih

August 2, 2011

Day 2: Your favorite k-pop girl group

of course...

sweet & cute SNSD

and..

AFTER SCHOOL

p/s: ^_^

Terima Kasih