November 18, 2011

Sentaphatimaknak..

Layan video matluthfi yang cute ni petang-petang blues ni syok gak..aku memang follow sume video die..ada mesej tau kat semua video dia..paling sedap dengaq die dok cakap utagha..tu yang dok layan habih tu..jom layan jom....



Terima Kasih

November 17, 2011

Keputusan Penuh Bola Sepak Malaysia VS Indonesia

Jam 10.00 malam..

Kepada pasukan Malaysia...TAHNIAH

MALAYSIA VS INDONESIA
                          1                         0                 
                                 (Syahrul Azwari, minit ke 17)


Malaysia baru je mengalahkan Indonesia dalam perlawanan bola sepak Sukan Sea ke-26 di Indonesia. Corak permainan Malaysia memang boleh dipuji dengan menurunkan pemain harimau muda untuk menentang Garuda..Tanpa pemain-pemain otai seperti Zaquan, Safee Sali, Safiq, Shahrul Idlan Talaha, harimau mampu mengaumm mengalahkan kebingitan sorak di Stadium Senayan, Indonesia..memang power barisan pertahanan Malaysia.memang boleh dipuji..cuma midfield je yg lack sikit...tapi, geram jugak lah tengok penyokong Indonesia sana yang boo kepada pemain Malaysia setiap kali mendapat bola. Tapi tu hanya di awal permainan, selepas Syahrul Azwari bagi gol kat Malaysia, ternganga semua...tau senyap...haha..terkejut lah tu..Apa pun tahniah untuk pasukan Harimau Malaya. Jauh lagi perjalanan pejuang negara kita ni. Harap dapat bawak balik pingat emas untuk negara..lepas tu dapat royalti beribu-ribu lemon...wooww....MALAYSIA BOLEH!

Ketua Harimau...auummm...rasaya Badrol Bakhtiar lagi ensem kot dari Apek..errr...

p/s: Slogan Indonesia "INDONESIA BISA!"..siapa tiru siapa ye?apa punya kebetulan daa....

*Kredit pakcik google untuk gambar

Terima Kasih

November 16, 2011

# Wordless Wednesday #




COMING SOON...tunggu....

Terima Kasih

November 15, 2011

Panggil Aku Melaju..bukan Melayu.

Hai readers..

Aku dah lama nak buat entri ni di mana aku dulu pernah baca sebuah novel ni dan tertarik dengan ideologi yang penulis ni cuba ketengahkan. Novel berkenaan ialah...





'PANGGIL AKU MELAJU' oleh Rahmat Haroun Hashim.. Mengetengahkan isu mengenai bahasa dan bangsa. Aku bangga dengan beliau kerana beliau merupakan doktor perubatan. Namun, penulisan belaiu jelas kecintaan terhadap bahasa dan bangsa. Walaupun beliau tidak belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.











Bagi aku, novel ini 'berat' dan aku mengambil masa juga untuk menghabiskan bacaan ini supaya aku benar-benar mendapat mesej yang cuba disampaikan oleh penulis. Semua orang patut baca buku ni bagi aku, bagi minda kita terbuka sikit terutamanya mereka yang menentang pemansuhan PPSMI baru-baru ni. ya, aku tidak takut untuk tegaskan yang aku adalah antara jutaan rakyat di negara ini yang menentang PPSMI dan sangat-sangat bersyukur apabila pemansuhan PPSMI ini dilakukan. Teringin aku berdebat dengan orang-orang yang mengatakan pemansuhan PPSMI itu adalah tindakan yang tidak wajar..Untuk orang-orang tersebut, bacalah selidiklah sejarah dahulu kala, kemudiannya fikirlah dengan relevan semasak-masaknya. Di mana lagi identiti Malaysia sekiranya ada rakyat Malaysia kelak yang tidak fasih berbahasa melayu. (sekarang pun dah ada)..sedih aku tengok maruah bahasa dan bangsa mudah sahaja diinjak-injakkan.perit..ok.aku emosional dah..okbye.

p/s: atok nenek,ayah mak kita dahulu boleh sahaja menjadi orang berjaya walaupun belajar sains dan matematik dalam bahasa melayu. Kenapa tidak kita? Layu sangatkah kita?

Terima Kasih

November 14, 2011

gelak pecah perut dengan Running Man

Hai readers...

aku baru je habis tengok cerita Heartstrings. Not bad lah jugak..Romantik komedi..Siapa yang gilakan YongHwa (CNBLUE), haruslah tengok citer ni sebab dalam citer ni die act cool konon..comel sangat couple ni..reminds me kat citer You're Beautiful few years ago sebab diorang berlakon sama jugak..




but..aku sekarang tengah follow variety show ni start dari awal yakni RUNNING MAN. best gilak...nak terburai anak perut aku tengok each episode. 

idea game die best, lain dari yang lain..dalam setiap episode tu lain-lain cara nye..sebab episod-episod awal tu aku tengok diorang main macam hide and seek..ade 2 team iaitu team mengejar and team menyorok. Team mengejar tu kena lari cari lagi satu team sebelum diorang tamatkan mision tapi each members ade pakai bell kat kaki..memang lawak adegan menyorok and kejar mengejar tu. Episod-episod yang baru pulak cara main nye lain sikit. diorang lawan dengan guest pulak..dalam satu tempat tu diorang kena cari sape guest yang akan menyamar jadi sape-sape. best..

nilah members RM yang buat aku tak kering gusi.. (kecuali Lizzy, sebelah HaHa)

diorang main untuk dapatkan running ball tu..kalo kalah, kena denda.

nilah team kalah.kena pakai hotpants and balik/makan di hadapan khalayak ramai..mampu kau..

Actually aku dah tau game show ni lame dah..tapi tak follow dari awal, just tengok kat KBS kat rumah je..tapi aku ada dapat softcopy dari sorang member ni yang ada episod dari awal,tu yang buat aku melekat je kt depan tv tengok..hehe..so, u guys...jom layan...kat youtube pun banyak..

p/s: okeh..nak tengok Scent of Woman lah pulak..memang gilak K-Pop and korean drama aku ni...kbye.

Terima Kasih

November 9, 2011

# Wordless Wednesday #

SO, BACK OFF!!

Terima Kasih

November 8, 2011

weekly marathon..

THE THING
Location: One Utama, KL
Komen: oklah..agak cliche dan kita dapat agak jalan ceritanya..one word..NGERI
Star: 3/5


IN TIME
Location: Kinta City, Ipoh
Komen: Best gilak..idea cerita memang lain drp yang lain..Stylo gile citer die..Salute dengan Amanda yang boleh pakai high heel 5 inci berlari-lari and Justin Timberlake memang layak berlakon je sebab kalau dia menyanyi, sumpah aku ingat perempuan..
Star: 4.5/5  (tak penuh sebab ending tak best)


REAL STEEL
Location: Kinta City, Ipoh
Komen: Cliche jugak cerita ni..tapi fun lah tengok boy comel tu berlakon..Best
Star: 4/5


DON'T BE AFRAID OF THE DARK
Location: Berjaya Times Square, KL
Komen: Mati-mati aku ingat cerita hantu (based on title kot)...ok jugak cerita ni, tambah kengerian pun takpe lagi..aku okeh je..hik3..
Star: 3/5

Ini adalah gara-gara kebosanan aku duduk rumah disebabkan amanat mak ayah aku yang pergi menunaikan haji..Lepas ni,takmo keluar dah..(boleh ke?)..haha...duk umah tengok tv, masak, makan, mandi...nak tido dah..okbye..


Terima Kasih

November 4, 2011

* Salam Aidiladha *




Aidiladha tahun ni sure berbeza dengan tahun-tahun lepas tanpa mama dan papa di sisi. Takpelah..Papa dan mama pergi menunaikan haji. Aku lebih bahagia begitu..But aku still ada adik-beradik dan saudara mara yang aku harap boleh cover kesedihan dan kerinduan aku..sob3..For everyone..Selamat Hari Raya Aidiladha..jangan makan daging lembu banyak sangat! Ingat lah yang tersayang..ngeh3..

P/s: Gara-gara tengok lembu kena sembelih, aku dah tak lalu makan daging lembu..since that.   =(

**kredit image from pakcik google..

Terima Kasih

November 3, 2011

Hari Bahagia..

Hai...
This time, aku nak share sikit pasal hari bahagia aku pada 18 Oktober yang lepas..yup..memang aku lambat hapdate...ape kisah kan..haha..aku pun takde mood nak cerita panjang-panjang..just nak share gambar-gambar yang jelas dan nyata menunjukkan kegembiraan aku pada hari itu..

time ni baru sampai..ok. make up masih tebal.haha..

some of my cosmates..kelam kabut..so, xdapat carik yang lain

mercu tanda UPM yang baru..aku tau lah yuran kami dah kemana...

kesayangan papa n mama...rasa nak belajar and konvo banyak-banyak kali untuk lihat senyuman tu.

thanx dear...sudi datang untuk share this moment..

Ex-rumate...dari jauh datang...dr Sabah tu...huarrgghh...touching!

my besties....forever..

berbaloi-baloi usaha 4 tahun..

p/s: sekarang dah jadi surirumah sepenuh masa untuk sementara waktu. Nak pergi masak dah.kbye..

Terima Kasih