January 31, 2011

. cinta aku .

aku suka baca novel. novel is my passion. tapi jangan salah faham. aku bukan kaki jiwang. persepsi orang, bila kita suka baca novel..orang akan cakap novel cinta. takde maknanya semua tu. dulu memang,time aku zaman sekolah memang itu jelah buku yang aku baca (dulu tak baca sangat pun). tapi since aku degree kat UPM ni..nilah cinta aku.malas dah nak cari cinta manusia.muahahaha....4 tahun kat UPM ni..aku rasa koleksi buku aku leh buat kedai buku juga kot..aku tak main ya buku-buku cinta ni.tolong sikit. (sorry kepada peminat & penulis novel cinta)..bagi aku novel macam ni novel picisan, latarnya hanya cinta yang indah-indah semata-mata. ada ke semua tu. kalau ada pun 1 dalam 15 kot. aku tak boleh tahan baca novel-novel picisan yang banyak sangat bahasa rojak. sakit hati bagai disiat-siat rasanya. bagi aku...bacaan yang akan buat diri kita ini beza daripada orang lain. banyak sebenarnya ilmu bantu yang kita boleh dapat daripada bacaan novel ni. contoh penulis sastera yang sangatlah aku minat...Faisal Tehrani,Abdullah Hussain,Aminah Mokhtar,Zaharah Nawawi dan banyak lagilah.aku tak rasa membazir dan menyesal pun rasanya duit aku banyak habis membeli novel-novel mereka ini..berbanding aku bei handset yang canggih-canggih bagai..tapi otak macam tin kosong je buat pe kan..(bukan semua)...yang menarik perhatian aku sekarang ni..penulis yang tidak putus-putus memperjuangkan bahasa ni selalu je dihimpit kontroversi yang aku pasti sekit-sebanyak menghiris perasaan mereka. Tengok saja Faisal Tehrani yang sering dikaitkan dan dituduh sebagai penyokong Syiah..Abdullah Hussain dengan novel Interlok dan dikatakan tidak sensitif terhadap kaum India di Malaysia walaupun novel tu dah ada sebelum kita semua ada lagi kat dunia ni. macamane boleh jadi macam tu..satu je pendapat aku...sesiapa yang ulas tu..tak baca sejarah..tak dapat nak faham novel sastera ni. semua nak senang..mati senang tak rasa-rasanya??

++++++
p/s: harap tidak menyentuh sensitiviti sesiapa pun...hanya pendapat peribadi. 

:: takut nak kenang generasi masa depan yang mungkin tidak lagi kenal dengan sejarah dan sastera warisan budaya. semua memikirkan hedonisme semata-mata


Terima Kasih

January 24, 2011

. susahkan nak faham manusia ni .

halooo semua..aku tengah bosan,so terbitlah entry ni. actually,aku kena study..sebab besok ade test..tapi tak taw lah kenapa lah malas tahap cipan sangat ni..takpe..lepas aku luahkan kat sini,maybe boleh study kot (konon..)

aku nak luahkan satu perkara. satu perkara yang aku asyik je teringat-ingat hari ni. kenapa manusia susah nak hidup sama-sama tanpa kira bangsa dan agama.ya..memang certain part memang kena ade batasannya lah kan if sentuh bab sensitif ni.tapi yang buat aku pelik..bila tang kerjasama..apa-apa kerjasama lah..benda ni mesti jadi sikit penghalang. 1 Malaysia??maybe ada..tak dinafikan Malaysia ni negara yang sangat harmoni dengan rakyat yang berbilang kaum..aku bersyukur berbanding negara-negara lain yang masih ada lagi unsur-unsur apertheid tu..ikut pemerhatian akulah..dalam konteks yang lebih kecil yakni di sekeliling aku..benda tu masih kurang. if event tu meraikan satu-satu perayaan..then ramailah berduyun-duyun orang yang selama ini bersembunyi di dalam bilik turun untuk memeriahkannya..meriah!penuh!tapi tu setahun sekali. banyak giler muka yang aku tak pernah tengok turun..gigih semuanya..pastu memerap dalam bilik semula..study..wahhh..gila bosan hidup diorang..kadang pelik aku..dengan persatuan mereka..bukan main kuat lagi..tapi bab campur-campur dengan bangsa yang bukan mereka...susahlah sikit nak jumpa muka-muka diorang ni.sampai aku boleh tak kenal junior sendiri..dah masuk 2nd sem..baru lah pernah tengok batang hidung mereka..ramai rupenya budak kolej ni..muaahahaha...entahlah..persoalan ni memang susah nak dijawab..aku pun tak pernah dapat jawab selepas 4 tahun aku duduk sini..yang bercampur tak kira bangsa adalah muka yang sama,yakni separuh daripada bilangan yang lain...memang kamcing lah..dah macam adik-beradik. selebihnya...duduk bilik...tanam cendawan!huahua..bilalah nak berakhir senaro ini..harap generasi akan datang boleh perbaikinya...aku percaya...kental!

+++
p/s:harap tidak menyinggung sesiapa...
- terkilan...event yang best!!seyes...ramai turun..meriah..alangkah bestnya kalau semua event yang dianjurkan kita semua macam ni..alangkah indahnya dunia kampus ni..huhu...

Terima Kasih

January 20, 2011

. JOM GEGAR BLOG .

before ni tak pernah join mane-mane segmen pun..tapi bile tengok Abg Ben buat segmen baru, teringin lah plak kan..so this is Abg Ben’s new segment!


excited?? klik sini untuk join...peace!!

Terima Kasih

January 18, 2011

. 10 BLOG EXTRAVAGANZA .

aku tulis blog baru lagi. Sebelum ni...aku dah lama ade blog..just tak pernah update. Tak kesah pun kalau follower tak ramai..asalkan aku dapat tulis ape yang aku nak tulis, tetap ade silent reader gak.. Thanx kepada yang sudi membaca..sayang korang. Kat sini aku nak share 10 blog yang wajib aku bace setiap hari. Ada bacaan hiburan, bacaan berat, tutorial..macam-macam lagi lah..semua ni aku ikut. untuk memastikan otak aku ni sentiasa berfungsi..bergerak dan tidak berkarat..muahaha..

1. Faisal Tehrani
- idola seniku, idola bangsaku.



2. Zahiril Adzim (ZA)
- pelacur bakat, pemeran berani.



3. Huda Luna Hussin Al-Sagoff
- Blogger famous..blog kemas,cute..banyak tutorial berguna..kakak junior aku pun. Adik dia pun best gak. Husna Luna Hussin Al-Sagoff



4. Hanis Zalikha
- Lagi famous. seronok baca. Fashion, travel, idealistic..



5. Ben Ashaari
- Lagi blogger famous..banyak bagi guidance kat aku dalam dunia blogger ni..power abg gagah ni!




6. MizLullaby
- Doktor yang sangat cumel..macamane lah nak rawat patient ni..



7. Shira Itikejam
- Ishkk3...junior aku tak sangka blogger femes eh..kena ajar akak neyh!! Comel dengan kartun dan humor-humor nya..!





8. Fatin Liyana
- Sangatlah cun..~sighs...



9. Alia
- Comel, simple, humor..simple je..tak perlu entri yang berjela-jela.cukup dengan kartun untuk sampaikan mesej.




10. Carl Shamsuddin
- Best....layan


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
p/s: ingin jadi seperti mereka...takpe..masa akan mematangkan penulisan aku.ahaks..senpai-senpai semua..sila bagi tunjuk ajar ye!!(^_^)
- selamat berbloging...korang memang the best!aku je amatur lagi...(huhu)...
Terima Kasih

January 16, 2011

. Kubur aku, aku jagelah sendiri .


Gadis A   – Seksi amat...tp Islam..hehe...
Makcik B – Berjiran dengan gadis A..agak alim orangnya

Bermula lah kisah sentaphatimaknak.. Pada suatu hari..gadis A terserempak dengan makcik B dalam perjalanannya untuk bertemu si Sugar Daddy tua keparat..

Makcik B     : (sambil menggeleng-gelengkan kepada)
Astaghfirullah..seksinya anak..Berdosa macam ni nak..Anakkan orang         Islam. Tubuh badan kita ni aurat nak.

Gadis A       : (sambil menjeling macam nak juling..dia menjawab ala-ala jawapan cliché anak muda zaman kini)
Alah mak cik ni... Inilah trend.. Selagi kita muda, nak merasa semua benda..Yang makcik ni sibuk sangat kenapa. Pandai jaga diri sendiri sudahlah..Ni dosa saya, pandailah saya tanggung...Bila mati nanti pun, kubur lain-lain. dosa saya..kubur saya..pandailah saya jaga sendiri..makcik tak payah sibuk(mencebik bibir yang setebal negro)

Makcik B     : (sambil tunduk memandang tanah)
Yeke macam tu nak..takpelah..Tapi kalau makcik mati dulu takpelah. Takut anak yang mati dulu...Jenuh nanti makcik dan yang lain-lain nak kene uruskan jenazah anak! Tak tahulah macamana azab yang Allah tunjukkan di dunia nanti.

Gadis A : Gulllppp... 
(gigit jari seperti si comel di bawah..tidak terkata-kata lagi...tak jadi pergi dating..taubat nasuha)

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
p/s: cerita ini tiada kaitan antara yang hidup mahupun yang hidup tapi tak ingat nak mati..

Terima Kasih

January 14, 2011

.SARKASTIK.


Zaki seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.

Pada suatu hari, malang tidak berbau, Zaki terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Limah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Zaki telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Zaki sehingga tembus ke belakang tengkuk Zaki.

Bergegas Pak Amin ayah zaki ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Amin bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,

Pak Amin: Bagaimana keadaan anak gua doktor?
Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.

Pak Amin: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?
Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.

Pak Amin: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?
Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil.

Pak Amin: Oh begitu.... Alhamdulillah selamat anak gua...
Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?

Pak Amin: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!


---- sumbangan: PDRM


p/s: sentaphatimaknak

Terima Kasih

January 12, 2011

BEDAZZLE’S DAY


Jam menunjukkan jam 6.12 petang. Bosan...Baru pulang dari ofis+kelas. otw balik singgah SS dulu, pasang tinted kereta+beli keropok lekor+ABC..lapar neh...Sampai bilik.. terus on lappy..bukak FB..sambil menggunyah-ngunyah keropok lekor yang ke 4 diselang-seli slurp-slurp ABC yang nyaman..tetibe terbaca notification FB..waahhhh...jantung berdegup laju, mata membuntang besar...Sambil baca..sendiri gelak-gelak besar+blushing2..komen dari Zahiril Adzim (ZA)..


adooi...terus keropok lekor ditolak ketepi, tak selera dah..ABC cair macam tu je..pastu terus tolak kerusi..lompat-lompat keriangan+menari-nari macam ZA dalam AJL...suke gile..terima kasih wak..sanggup gak balas komen kite..minat sangat dgn ZA.. first jatuh cinta time citer 100 hari jadi tayang kat astro..blog ZA pun best.  Berikut merupakan sebab-sebab kenapa ZA best:

- Taik lalat dia.. Shweet...
- Lakonan yang hidup. Nampak lah yang lakonan ni bidang yang dia suka. Citer Gadoh (2009) paling tak boleh lupe..suke juga KAMI.
- Entri-entri yang besh utk diikuti. Bagi aku dia unik. Tak tau nak describe macamane..tapi unik lah..muahahaha...
- Sangat comel dalam mv Ana Raffali and bertambah comel dalam persembahan AJL Ana RAffali. Time Ana menyanyi..aku tengok dia je.haha...and persembahan Ana ada maksud sebaliknya kalau betul-betul faham..
- Dia orang aktif dalam teater.. Tu yang tambah minat tu..dahlah aku pun minat teater..

 ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

p/s:  ZA..terus lah berkarya dengan karya-karya yang bermutu..saya tunggu awk...


Terima Kasih

January 11, 2011

Whatsowhatever...

Semalam  rutin harian macam biasa je pun. Takda lah pulak insiden-insiden luar biasa macam Johnny Depp ajak aku tunang ke, Zahiril Adzim hello-hello aku ke..(dalam angan-angan je), Yuna pakai baju terbalik ke kan.. 

Apa yang aku nak cerita kat sini bukan pasal Sepah Aini pakai botox dan buat hidung..juz nak share ketidakpuashatian aku pasal orang selalu menjadi mangsa keadaan. Tak tahu lah nak kata masa keadaan ke ape..dah 2 hari hidup aku tak tenang gara-gara diganggu oleh SMS & call yang tidak putus-putus dari seorang mamat ni. Kalau nak berkenalan dengan aku takpelah kan..(eceh3)..ni duk ring2 aku sebab nak tanya awek dia. Kalau sekali dua tu boleh tahan lah..maybe tanya sebab aku ni member kepada awek dia kan..tapi dh sampai menganggu angan-anganku bersama ZA..tak boleh jadi ni..ni dah melanggar hak asasi peribumi. yang tak boleh blah tu der...aku dah cakap awek dia takda dengan aku, tak percaya pulak. Siap nangis-nangis dengan aku bagai pulak..adoi..penat lah aku duk bagi kaunseling..dah jadi macam Dr. Fazilah KAMTUME..siap nak bunuh diri pulak lagi tu..cuak aku der..rasa nak panggil bomba takut plak dikate over. pergilah cakap kat awek ko tu..tskk..Awek dia tu pun bukan duduk belajar berkepit kat celah ketiak aku pun 24-7..study pun berlainan negeri..tskkk....ni yang aku malas nak bercinta tau.(tak pasal-pasal)..kepada gurlz and boyz kat luar sana..setia lah pada yang 1..takyah lah nak pasang sampai 15 orang. buat pe pasang banyak-banyak. Hati susah, poket kering. Dan lagi satu..janganlah libatkan kawan-kawan dalam hal konflik cinta berahi u olls tu eh..nak hangout same-same tu okeh je.nikah lagi aku sokong..but bercinta tu tak payah sampai beriya-iya kot..bukan tentu boleh ke jinjang pelamin pun.(prejudis kah??) Apa yang aku nak cakap kat sini..Hormati lah privasi orang lain eh.

p/s: cinta tu complicated kah??


Terima Kasih

January 8, 2011

MY HERO..

aloohaa semua...selamat pagi. 

Rajin sangat kan aku nak buat entry pagi-pagi buta ni.. Ini adalah gara-gara penangan hero ku yang buat tidurku tak lena...siapa lagi kan..mestilah abang  JOHNNY DEPP.. yes!! Im a big fan of him..BIGGG SO BIG.Ada tak lelaki melayu muke cam die kat Malaysia ni..kalau ade..halo-halo gua yer..haha.(budget)...hah..by the way..so sorry yah to Ruby..cannot wait for u..Selagi tak pergi tengok..tak keruan dibuatnya..terbayang-bayang je..Takpe..lain kali kite tengok sama yah..huhu...

Actually..tadi baru habis tengok movie dengan ex-rumate (selama jadi rumate tak pernah pulak keluar berdua)ceritanya oklah..apa aku kisah kan..aku pergi  juz nak tengok my hero ni je..aiiggooo..seperti biasa...he’s outstanding..Superb..Even ceritanya biasa je actually, but i think juz because of him..cerita tu jadi ok sikit..(sorry lah aku tak minat dengan minah berlakon dengan dia tu..always cliché je lakonan nya) BUT.. lakonan hero aku ni besh..aku tengok kan dia ni mesti bawak watak yang lain dari yang sebelumnya..sebab tu aku tak pernah tak tengok citer dia since film Edward Scissorhands lagi..Even dia dah tua baya-baya Rosyam Nor gitu...tapi his acting was superb der!!! Tak bosan punye lah..kepada yang tak kenal and tak tau siapa yang aku sedang ngumpat ni..sila lah googling ya.siapa yang turut meminatinya..watch out..haha..lastly..pesan aku pada hero aku :

“Johhny Depp..ada free..mai datang makan jambu cicah belacan na..haha..”

 *** the explanations ***

1. Alice in Wonderland..watak gila-gila..sangat protected kepada Alice..
2. Pirates of the Carribean..Jack Sparrow..siapa yang boleh lupe kan??antara watak yang paling aku minat..
3. Donnie Brasco..My favourite film jugak. Dah tengok banyak kali pun still tak boleh lupa..
4. Charlie and the Chocolate Factory..best..utk kanak-kanak..haha..
5. Sweeney Todd: The Demon Barber of Fleet Street ... menjerit-jerit kot tengok cerita ni..sebab 1st film yang dia menyanyi..aaahhh..geram
6. The Astronaut’s Wife..Aku paling suka imej dia dalam filem ni..smart giler...dalam banyak-banyak filem..nilah filem yang buat aku mimpi-mimpikan dia sampai ke siang..haha..(hiperbola sgt)..serius..hensem nak mati
7. The Tourist..latest yang aku dah tengok..serius tapi humor..lawak lah dia ni..cute..!
8. Edward  Scissorhands..1st film yang aku tengok..yang buat aku jatuh cinta sama lu..waktu tu aku kecik lagi..boleh ingat sampai aku dah tua ni hah..bayangkan lah..
                                                
                                                 ++++++++++
Lain-lain filem yang dah tengok: A Nightmare on Elm Street, Platoon, Freddy's Dead: The Final Nightmare, Corpse Bride

p/s: jangan lah dikau merasa jengkel membaca entry ini..masing-masing ade minat yang tersendiri..juz nak share...positif kan hati tau..!! Be nice!



Terima Kasih

January 4, 2011

Annyo..

Hari tu..aku share dengan korang semua tentang mv yang cute2 kan...ni pulak...aku tengah layan hok yang jantan plak..hahaha...memang ni jelah keje aku kan..memang dah jadi hobi kot..sambil layan2 lagu2 korea ni..comel pe..buat mase ni aku tengah tengok cerite Marry Stayed Out All Nite. Tak habis2 lagi tengok nye...internet slow nak mampus, asik buffer je..nyampes..

tengoklah..best taw..(setakat nilah)..ape salahnye kan mecuba..comel n hensem2 pe pelakon2 nya..aigooo..dan mv yang aku sedang syok layan sekarang ni ialah tak lain dan tak bukan mestilah 2PM mv..disebabkan suju tak berapa aktif sekarang ni,aku menumpang kasih orang lain dululah..sobsob..aku ni big fan 2PM jugaklah..aigooo...bilelah 2PM nak datang sini ni..huhu...ni aku share sikit mv yang syok2 (tak taulah syok ke tak pada korang)..ENJOY IT!!





Terima Kasih