Assalamualaikum readers..
Entri kali ni aku nak cerita sikit pada siapa yang aku rindu saat ini..Semestinyalah pada rakan seperjuanganku..Banyak suka dan duka kami lalui bersama. Bayangkanlah 4 tahun study bersama, tinggal kat kolej pun sama untuk 4 tahun tu. Tak kira lah buat aktiviti kolej ke aktiviti kos ke, mesti happy je. Kosmate aku ada 50 orang semuanya, 29 perempuan mostyly tinggal satu kolej yakni KTDI. manakala jejaka-jejaka macho pula menetap di istana yg lain iaitu Canselor. Inilah mereka kesayanganku..
Banyak tau aktiviti kitorang buat sesama. kolej kami boleh dikatakan kolej yang agak aktif jugak, setiap minggu mesti ada je program. Kos kami lagi lah banyak aktiviti.. Ada pementasan lah, forum bagai..Tapi yang paling fun ialah time kami habiskan masa-masa terakhir kami di kampus dengan pementasan ‘Puteri Gunung Santubong’ dan drama ‘Dongeng Sang Puteri’. Even ada pahitnya, tetapi tetap yang manis akan dikenang selamanya kan..
pementasan muzikal 'Puteri Santubong'
time ni aku jadi hantu..teka aku yang mane satu
bola jaring time bulan puasa thn lepas..muntah lari perut kenyang
sambutan hari raya di kolej. tahun ni tak de dah..
jamuan terakhir kalinya..
Bila kenang-kenang kembali, sedih pulak sebab memori 4 tahun tu memang takkan berulang lagi selama-lamanya. Masing-masing dah ada hala tuju sendiri, dah ada komitmen lain. 50 orang sahabat yang aku sayang ni, ada macam-macam ragam, boleh dikatakan semua ngam punya lah..Oktober ni Konvo kita, tak sabar rasanya nak jumpa ramai-ramai. Ada yang dah tukar status, bawak hubby dan ada yang dah bawak baby..InsyaALLAH..Lepas ni, harap dapat still keep in touch walaupun dah beranak cucu cicit nanti. Moga persahabatan kita abadi selamanya..
sedih...................rindu....................
p/s: will be busy until raya..cari duit lebih..sob3