Aku dah lama nak buat entri ni di mana aku dulu pernah baca sebuah novel ni dan tertarik dengan ideologi yang penulis ni cuba ketengahkan. Novel berkenaan ialah...
'PANGGIL AKU MELAJU' oleh Rahmat Haroun Hashim.. Mengetengahkan isu mengenai bahasa dan bangsa. Aku bangga dengan beliau kerana beliau merupakan doktor perubatan. Namun, penulisan belaiu jelas kecintaan terhadap bahasa dan bangsa. Walaupun beliau tidak belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.
Bagi aku, novel ini 'berat' dan aku mengambil masa juga untuk menghabiskan bacaan ini supaya aku benar-benar mendapat mesej yang cuba disampaikan oleh penulis. Semua orang patut baca buku ni bagi aku, bagi minda kita terbuka sikit terutamanya mereka yang menentang pemansuhan PPSMI baru-baru ni. ya, aku tidak takut untuk tegaskan yang aku adalah antara jutaan rakyat di negara ini yang menentang PPSMI dan sangat-sangat bersyukur apabila pemansuhan PPSMI ini dilakukan. Teringin aku berdebat dengan orang-orang yang mengatakan pemansuhan PPSMI itu adalah tindakan yang tidak wajar..Untuk orang-orang tersebut, bacalah selidiklah sejarah dahulu kala, kemudiannya fikirlah dengan relevan semasak-masaknya. Di mana lagi identiti Malaysia sekiranya ada rakyat Malaysia kelak yang tidak fasih berbahasa melayu. (sekarang pun dah ada)..sedih aku tengok maruah bahasa dan bangsa mudah sahaja diinjak-injakkan.perit..ok.aku emosional dah..okbye.
p/s: atok nenek,ayah mak kita dahulu boleh sahaja menjadi orang berjaya walaupun belajar sains dan matematik dalam bahasa melayu. Kenapa tidak kita? Layu sangatkah kita?
No comments:
Post a Comment
... LEAVE SOME COMMENT PLEASE ...