August 9, 2011

apa tanggungjawab kita?tengok je ke?

Assalamualaikum readers & salam Ramadhan..

pejam celik sudah seminggu lebih kita berpuasa..Pelbagai perasaan yang aku rasa menyambut Ramadhan kali ini. :sedih sebab tak dapat berpuasa bersama rakan-rakan kampus yakni di KTDI dan bersama coursemate sebab life campus sudah berlalu buat aku, :gembira jugak sebab fully bulan puasa ni aku ada kat rumah bersama family tercinta..setelah 4 tahun kan,barulah dapat rasainya. Tambah gumbira lagi sebab birthday aku pun jatuh tepat seminggu umat Islam berpuasa. Nanti aku update berkenaan birthday aku yah..

Tapi yang tak syoknya, bila aku takda buat apa kat rumah, aku start lah blogwalking ni. Aku sedang mengikuti isu murtad yang semakin berleluasa dalam kalangan muda-mudi sekarang ni. Mereka sudah tidak takut lagi akan pandangan masyarakat dan siap mengaku lagi diri tu sudah murtad dan atheis. Bila lihat nama masing-masing, sedap...ada maksud mengikut Islam,. Ada pula yang lulusan Al-Azhar jugak tau. Sedih memang sedih..takut pun ada sebab semakin ramai golongan macam ni, kita juga sama-sama bertanggungjawab sebab tidak mustahil azab daripada Allah tu akan datang bila-bila masa, dan akan menimpa kepada kita semua penghuni bumi indah ini. Tak kiralah facebook atau blog, dah makin bercambah dah manusia-manusia yang berhaluan sekularisme ini. tapi yang kapla dia ni yang buat aku lagi bertambah sedih+kepala macam ada bakul besar..malaslah nak cerita kat sini, sebab aku yakin pembaca pun sudah pandai menilai yang mana intan dan yang mana kaca kan..Makcik ni dah semakin berani mengutuk Islam..ada beberapa video dalam blog nya,tapi aku tak berani nak bukak, sebab sangatlah menyakitkan hati apabila makcik ni dengan beraninya mempersendakan beberapa surah dan sunah Nabi S.W.T..maybe ramai pun dah tahu siapa dia...iaitu...




p?s: so,apa tindakan kita sebagai masyarakat di sekelilingnya? memang kubur kita masing-masing jaga, tapi ingat...bila kita mati bukan terus terbang masuk kubur. Masyarakat sekeliling juga lah yang akan mandikan kita, kapankan kita, dan uruskan selebihnya untuk kita menghadapNYA. fikir-fikirkanlah...

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

... LEAVE SOME COMMENT PLEASE ...