December 5, 2011

yayy...success.recipe: Recipe Red Velvet Cake

Assalamualaikum...

This time aku nak share sikit how to make RV cake..Actually aku dah lama dah buat cake ni tapi x sempat-sempat je nak share. Honestly, cake ni aku buat dua kali baru jadi cantil. 1st time tu sedap, tapi bentat and pecah berderai..Hal ni disebabkan aku tak sabar nak bubuh frosting nya, keluarkan cake dari loyang time panas..yupp..aku ingat-ingat lupa pasal basic stuff buat cake ni sebab dah lame sangat tak buat sendiri tanpa bantuan orang lain.

Okeh, cukup dengan meleter..recipe ni aku ambik dari mak sedare aku, CikNorley..Die penah buat dalam bentuk cupcakes. Sebab kesedapan itu, aku nak menuntut recipe daripadanya dan buat dalam bentuk cake.. So, u guys..jom lah try..Sure korang akan buat banyak-banyak kali lepas tu..senang je..tak susah..and guess what..aku tak gune mixer pun. Sendiri je..So,up to you lah nak pakai manual ke pakai mixer..(mixer lah senang)..okeh,ni bahan-bahannya:

Red Velvet Cake:
2 1/2 cups (250 grams) sifted cake flour / allpurpose flour
1/2 teaspoon salt
2 tablespoons (15 grams) regular or Dutch-processed cocoa powder
1/2 cup (113 grams) unsalted butter, at room temperature (aku gune Buttercup)
1 1/2 cups (300 grams) granulated white sugar
2 large eggs
1 teaspoon pure vanilla extract (aku guna vanilla essence je)
1 cup (240 ml) buttermilk -- ni aku buat guna 240mL milk + 1tbsp distilled vinegar (let it stand for 5-10mins)
2 tablespoons liquid red food coloring
1 teaspoon white distilled vinegar (aku guna cuka-pun boleh)
1 teaspoon baking soda
1 teaspoon baking powder

Frosting:
250g cream cheese
35g butter 110g icing sugar
1tsp vanilla essence


inilah bahan-bahannya..Tepung and cream cheese aku guna yang lain..



Methods:
  1. Panaskan oven dulu 350 degrees F (175 degrees C)
  2. Campurkan bahan-bahan A. (cake flour / allpurpose flour, baking powder, cocoa powder, salt). Campurkan bahan B iaitu buttermilk dan red food cloring.
  3. Di dalam mixer, pukul bahan-bahan ini. Firstly pukul butter (1-2 minit). Kemudian gula (2-3 minit). Masukkan telur satu-persatu sehingga sekata sebelum masukkan vanilla essence..
  4. Secara bergilir-gilir, masukkan bahan A dan B sikit-sikit sehingga habis. Pukul sehingga rata.
  5. Bancuh cuka dan baking soda dalam cawan sehingga ada bunyi berdesir. Masukkan dalam acuan. Kacau sehingga rata sebelum masukkan ke dalam loyang..
  6. Pastikan loyang disapu dengan planta ye!
  7. masukkan dalam oven dan bakar selama 25-30 minit. Cucuk tengah-tengah cake untuk check dah masak ke belum. (basic knowledge)..Dah siap!
  8. Sejukkan dahulu sebelum keluarkan dari loyang.. Belah dua untuk letak frosting..Hiaskan..

Sesudah dibakar..Baunya sodap.. Aku bakar dalam 45minit lebih jugak..kena berjage-jage sentiasa..check taw!

Inilah hasilnya..yummy..

SELAMAT MENCUBA!!


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

... LEAVE SOME COMMENT PLEASE ...