January 31, 2011

. cinta aku .

aku suka baca novel. novel is my passion. tapi jangan salah faham. aku bukan kaki jiwang. persepsi orang, bila kita suka baca novel..orang akan cakap novel cinta. takde maknanya semua tu. dulu memang,time aku zaman sekolah memang itu jelah buku yang aku baca (dulu tak baca sangat pun). tapi since aku degree kat UPM ni..nilah cinta aku.malas dah nak cari cinta manusia.muahahaha....4 tahun kat UPM ni..aku rasa koleksi buku aku leh buat kedai buku juga kot..aku tak main ya buku-buku cinta ni.tolong sikit. (sorry kepada peminat & penulis novel cinta)..bagi aku novel macam ni novel picisan, latarnya hanya cinta yang indah-indah semata-mata. ada ke semua tu. kalau ada pun 1 dalam 15 kot. aku tak boleh tahan baca novel-novel picisan yang banyak sangat bahasa rojak. sakit hati bagai disiat-siat rasanya. bagi aku...bacaan yang akan buat diri kita ini beza daripada orang lain. banyak sebenarnya ilmu bantu yang kita boleh dapat daripada bacaan novel ni. contoh penulis sastera yang sangatlah aku minat...Faisal Tehrani,Abdullah Hussain,Aminah Mokhtar,Zaharah Nawawi dan banyak lagilah.aku tak rasa membazir dan menyesal pun rasanya duit aku banyak habis membeli novel-novel mereka ini..berbanding aku bei handset yang canggih-canggih bagai..tapi otak macam tin kosong je buat pe kan..(bukan semua)...yang menarik perhatian aku sekarang ni..penulis yang tidak putus-putus memperjuangkan bahasa ni selalu je dihimpit kontroversi yang aku pasti sekit-sebanyak menghiris perasaan mereka. Tengok saja Faisal Tehrani yang sering dikaitkan dan dituduh sebagai penyokong Syiah..Abdullah Hussain dengan novel Interlok dan dikatakan tidak sensitif terhadap kaum India di Malaysia walaupun novel tu dah ada sebelum kita semua ada lagi kat dunia ni. macamane boleh jadi macam tu..satu je pendapat aku...sesiapa yang ulas tu..tak baca sejarah..tak dapat nak faham novel sastera ni. semua nak senang..mati senang tak rasa-rasanya??

++++++
p/s: harap tidak menyentuh sensitiviti sesiapa pun...hanya pendapat peribadi. 

:: takut nak kenang generasi masa depan yang mungkin tidak lagi kenal dengan sejarah dan sastera warisan budaya. semua memikirkan hedonisme semata-mata


Terima Kasih

2 comments:

Anonymous said...

cayalah babe..

~ azWa ~ said...

hahaha...caye2

Post a Comment

... LEAVE SOME COMMENT PLEASE ...